Ujian mematangkan kita


Kepulangan aku ke Malaysia pada musim panas kali ni betul-betul berbeza dari yang sebelumnya.
Bagi aku kepulangan kali ni sangat banyak menguji diri aku.
Untuk jadi lebih bersabar dan lebih matang dalam menerima sesuatu.

Cuti kali ni ternyata cuti yang dipenuhi dengan air mata.

Baru-baru ni aku diuji dengan kemalangan jalan raya. 2 kali 2 hari berturut-turut.
Tapi aku bersyukur sebab diri aku selamat, tanpa sebarang kecederaan.
Tapi hidup aku sedikit berubah selepas kejadian tersebut.

Ma (ibu) aku semacam fobia untuk membenarkan aku menaiki kereta atau sebarang pengangkutan jalan raya.
Selepas kejadian aku tidak lagi dibenarkan untuk mengikut rakan-rakan keluar.
Tengok wayang, makan-makan tidak lagi dapat merasa.
Aku juga terpaksa membatalkan niatku untuk ke UTP melawat rakan-rakan di sana.
Abah baru je beli tiket ke Seri Iskandar semalam.
Tiket ETS dari Perak ke KL Sentral pon terpaksa dibatalkan.
Demi naluri hati ibu, yang lebih cakna akan keselamatan anaknya.
Ku turutkan saja.
Allah dah ilhamkan kepada Ma, itu yang menjadi pengubat kesedihanku.

Cuti kali ni mengajar aku untuk tidak cepat melatah jika keinginanku dihalang.
Sebab aku tahu mereka yang menghalang kerana risau.

Tapi cuma doaku, semoga Allah lindung selalu.
Semoga Allah sampaikan salam rinduku buat rakan di sana.
Serious hati ini ingin berjumpa mereka, memberi semangat untuk menghadapi semester akhir tidak lama lagi.

Tapi Allah lebih tahu.
Allah, kuatkan aku, tabahkan aku, lindungi aku.
Kerana Engkau, lebih tahu.




0 comments:

Post a Comment